April 2, 2022

"INSAN YANG MEWARNAI KEHIDUPANKU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga blogger, kali ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang insan yang mewarnai kehidupan saya selama ni. Okay sebelum tuu, biar saya terangkan kenapa mewarnai ? Pepatah melayu ada mengatakan bahawa "anak itu ibarat kain putih, jadi ibu bapalah yang mencorakkannya". Jadi disini saya nak kongsikan serba sikit tentang ibu bapa dan adik-adik saya pula.


Okay, yang putih2 comel tuu yup mak saya. Bidadari saya ni dulu pernah bekerja tetapi sejak adik bongsu saya mula sekolah, mak saya pun ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus untuk jaga anak-anaknya. Mak saya juga anak jati Pahang and ada darah2 bugis sikit hahahahahha. Mak kata arwah aki pandai cakap bugis. Masakan mak saya ni macam biasa lah sokmo win, walaupun goreng ikan bilis dengan bawang jee tapi MasyaAllah rasanya enak sekali cuk. Ikan patin poyok mak punn mmg padu teruks, klu teringin nak rasa pm2 lek hahahahha kita kasi sampai jadi. 

Next, hitam manis hitam manis, yang hitam manis, pandang tak jemu, pandang tak jemu (okay mesti semua tengah nyanyi kannn santai luu). Yang hitam manis pandang tak jemu tuu aboh saya. Nama Rosli bin Ahmad. Orang nogori. Sbbtu dio gemor benar masak lomak cili api, makan selalunya pedas-pedas jee. Sampai tekak saya dan keluarga punn mmg tak masuk kalau tak pedas. Tapi kata aboh laa, sebenarnya lahir kat nogori jee, menetap kat Pahang. Lahir kat nogori tuu sebab aboh lahir masa arwah wan ddk nogori, masatu atuk kerja kat nogori asbab tak sabor ngat nak keluar, dah lahir kat negeri orang hahahahaha jk.



Lanjutan, yang dua orang ini adik saya. Yup mmg demok hahahahahah nk buat macam mana makanan adalah keutamaan mereka gitu. Yang belakang sekali abangnya, bernama Muhammad Fareez Haikal dan depan tuu pulak si adik bongsu, bernama Muhammad Fedtri Haikal. Okay si Fedtri ini namanya ramai yang pertikaikan lek hahahahaha walhal ada jee retis nama Fedtri kan ? Fedtri Yahya tuu hahahahahahha. Menurut mak saya, patut namanya Fitri sebab si bongsu ni lahir masa hari raya. Orang sibuk nak raya, dia sibuk nak keluar jugak hahahahha. Actually, sekarang semua dah besar. Yang abangnya, 20 tahun dah 2022 ni budak stpm atas (dulu claim taknak belajar stpm, last jadi jugak gelaran yang orang panggil 'budak sekolah' hahahahaha). Yang si adik ni pulak, dah tingkatan 4. Semua dah besar-besar tapi saya tak suka tgk gamba diaorang dah besar rasa nyampah lek hahahhaha so sbbtu guna gamba masa diaorg kecik ni.


(itu sahaja daripada saya untuk keluarga kecil ini)

<3

No comments:

Post a Comment

BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA [2022]

Senarai Tugasan BBM3410 2022 Minggu 2 Elemen Asas Grafik Infografik : Instagram Mesra Pengguna Akaun Instagram Minggu 3 Asas fotografi : Lon...