~ PERJALANAN PENDIDIKAN ~
(Memulakan pendidikan awal di Tabika Kemas Chenor, Pahang)
Puas jugak laa cari gambarnya hahahaha dan yang ni jee jumpa, gambar ni masa wakilkan tabika untuk pertandingan menari. Menang ke tak Ya Allah tak ingat langsung tapi apa yang saya ingat, saya enjoy gilaa time ni hahahha. Saya dari belah kanan, nombor 2. Yupp mmg ssh nak senyum muka muncung gitu jelaa hahahahah.
(Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah Rendah Bukit Bota, Chenor)
Okay, gambar diri sendiri mmg takde hahahah entah laa nak pergi mana. Lgpun since banjir 2014 banyak gambar-gambar yang dah takde, abis rosak tenggelam abis so yeah ini sahaja yang dapat saya tunjukkan. Oh yeah btw saya ddk chenor ni, ddk dengan arwah wan jadi mmg membesar kat kampung selama 11 tahun.
(Sekolah rendah seterusnya pula, Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Ira, Temerloh, Pahang)
Gambar ni pulak masa pergi lawatan ke stesen salelit, nampak laa masih hingusan lagi. Tudung pun duk pakau awning kertas yaa guys hahahha nk bagi tudung tuu helok. Tapi bila tgk balik sekarang MasyaAllah Tabarakallah tudung muncung abis hahahahahah. Kenapa saya pindah sekolah ni sbb masatu saya dh stay dengan mak abah, and yeah mcm pernah ckp mak pun masa ni dh berhenti kerja so saya dan adik kedua saya pun mula laa bersekolah di Temerloh.
(Seterusnya, bersekolah di Sekolah Sukan Pahang, SMK Seberang Temerloh)
*classmate again and again*
Sebenarnya, banyak lagi gambar nak masukkan hahahahhah tapi kang klu semua masuk mmg penuh part ni jelaa. Yelaa ni kan zaman kegemilangan gitu banyak sangat kenangan, jatuh bangun semua lah. Apa yang boleh saya cakap, semoga semua rakan-rakan seperjuangan saya dahulu sihat-sihat sahaja dan dipermudahkan segala urusan, Aamiin.
(Seterusnya, menyambung belajar peringkat STPM di Sekolah Menegah Kebangsaan Temerloh, SMKT)
*semester pertama*
*our guru kelas yang sokmo kelakar, cikgu ridzuan*
Okay, stop kat sini jelaa ni klu sambung mmg laa semua gambar nk masukkan hahahhahah. Semoga semua rakan medan tempur stpm saya sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan buat kamu semua, Aamiin. Kalau korang baca apa aku post pasal korang ni, sila komen okay hahahahah.
(Last but not least, sambung pengajian di peringkat bacelor di Universiti Putra Malaysia, UPM)
Since, degree pun belum abis so yeah akan ada banyak gambar lagi. In Shaa Allah akan dikongsikan lagi.
<3
No comments:
Post a Comment