July 8, 2022

BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA [2022]

Senarai Tugasan BBM3410 2022

Minggu 2

Minggu 4

July 7, 2022

KETIKA DAN KALIMAT

Pada tanggal 1 Julai maka berakhirlah kuliah Multimedia dalam Bahasa. Kalini Prof kasi luah jelaa apa nak luah so yeahh here we goo HAHAHAHAH. Firstly, masa awal daftar subjek ini, saya macam ehh subjek multimedia punn ada ehh kena belajar so saya fikir yelaa mungkin kami juga boleh ceburi bidang multimedia memandangkan course kami pasaran terbuka gituu. Pada minggu pertama, join class prof perkataan yang prof selalu sebut adalah 'Chakaman' HAHAHAH, masatu saya macam wow bapak ahh mesti prof kuat layan kdrama sebab saya pun kaki kdrama setakat nak sebut perkataan atau nak faham perkataan asas korea ni halah kacang jee HEHEHEHE. Tapi bila saya singgah blog prof, baru saya tahu prof pernah bekerja kat sane. Masalahnya bukan kat korea jee merata dunia fuhh. Dan sejak daripada itu saya kuat juga laa berangan konon nak jadi macam prof merata travel HAHAHAH, tapi angan-angan dulu gituu.

Okay next, kalau berkenaan dengan intipati kursus ni jujur saya kata banyak gilerr benda yang saya belajar. Dulu amik gambar, main amik jee janji macam ada gambar untuk kenangan. Nohh sekarang kalau kat pantai time sunset tuu nak amik gambar siluet laa, kalau dulu sebutnya gambar gelap tak nampak mukaa yelaa masatu mana ada ilmu lagi. Tapi sekarang dengan bangganya menyebut nak amik gamba siluet sekali member2 pun tanya gambar sileut macam mana. Nahh masa ni bangga yaa saya dengan ilmu fotografi daripada prof.  Sebenarnya kita ni tahu jee nak amik gambar, tapi kita tak tahu asas nama fotografi tuu. Banyak juga laa gambar dalam fone semester ini terutamanya khas untuk subjek multimedia, tapi bila duk srcoll balik rasa puas hati sebab yelaa rasa laa ilmu tuu memang bermanfaat.

Kalau pasal videografi pulak, perghh pada saya memang seronok. Tapi tipu laa saya kata takde tekanan kann bukan daripada tugasan sahaja malah daripada rakan sepasukan juga. Namun pada saya kalau tak gaduh memang tak gempak laa HAHAHAHAH, bilaa ada perselisihan mulut baru nampak production atau kumpulan tuu hidup HEHEHEH. Tapi sikit laa yang saya rasa terkilan sebab kami tak dapat berkumpul bersama secara fizikal hanya online sahaja, kalau ada punn tapi tak lengkap laa 11 orang hmm. Okay dah taknak cerita sendu gini, next setiap kali saya tengok video2 senior untuk rujukan, saya macam ni kalau kita semua dh abis belajar atau mungkin dh bekerja kalau tengok balik boleh berdekah sorang HAHAHHAAHHA. Kadang benda macam ni nampak kecik, tapi kenangan dia tuu besar yaa. Terima kasih kepada Prof terutamnya sebab bagi kami tugasan video2 nanti boleh laa kami tunjuk kat anak cucu yang kami pelajar cemerlang dan terbilang gituuu. Dannn terimaa kasih jugaa prof sebab selalu sabarr dengan kami yang sentiasa mintak extra masa untuk tugasan HAHAHA. Apaa apa prof memang THE BEST AND SEMPOI, YEAH <3

Akhir sekali ni, khas untuk Atma Perwira Production. Terima kasih untuk semua kenangan dan susah senang. Walaupun banyak jugak laa angin lintang ribut taufan yang melanda tapi kita tetap utuh  sehingga semester ini tamat. Yana harap sangat yang pertalian Atma Perwira kita ni tak akhir gituu jee bila semua dah dapat A nanti HEHEHEH. Saya dengan rendah diri ingin mohon maaf seandainya ada terkutuk, termaki, terhina, terbawang (yaa memang ada sebenarnya kskkskks) dan berharap sangat di antara kita tidak menyimpan dendam serta sebagainya yang tidak baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih cehh gituu. Apaa apaa thank youuu untuk segala usaha kita bersama dalam melaksanakan tugasan dengan baiknya. KORANG MEMANG AWESOME <3


"INCOMPLETE"


"Bukti Kehadiran"


[1/7/2022]


June 29, 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU DALAM BAHASA

Penceritaan.

Pembentang resensi buku dalam bahasa sebenarnya bagi saya agak tegang, hal ini kerana setiap daripada kami harus bijak mengatur masa seandainya terlebih masa, maka ia akan memberikan kesan kepada rakan sepasukan. Namun, production kami Atma Perwira Production dapat menamatkan pembentangan tepat pada masa yang ditetapkan iaitu 30 minit. Pembentang daripada production lain juga tepat menyebabkan tidak berlaku masalah kumpulan lain tidak dapat bentang. Jadi, itu sahaja perkongsian daripada saya salam jumpa di lain post hehehehe :)


PAUTAN SLIDES PEMBENTANGAN ATMA PERWIRA PRODUCTION


"Bukti Kehadiran"

[29/6/2022]

June 23, 2022

ASAS VIDEOGRAFIK - VIDEO DOKUMENTARI

Penceritaan

Menurut Buku Multimedia dalam Bahasa karya Normaliza Abd Rahim (2018), video dokumentari  merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara. Dalam video ini akan terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang ingin disampaikan. Suaru itu dirakam selepas video tersebut siap disunting. Suara tersebut mestilah selaras dengan video dan pengisian memerlukan penyelidikan yang mendalam terlebih dahulu. Hal in kerana video dokumentari memerlukan pengisian yang memberi pengetahuan dalam kalangan penonton.


Berikut merupakan video dokumentari bagi Atma Perwira Production :



"Bukti Kehadiran"


[8/6/2022]

PEMBENTANGAN PODCAST

Kuliah pada minggu ini, kami ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan dengan Podcast. Podcast yang dicari mestilah melebihi 15 minit dan tajuk yang dipilih mestilah berlainan dengan setiap ahli kelas, hal ini untuk membuka ruang yang lebih luas berkongsi perkara-perkara yang berbeza. Podcast ini sebenarnya merupakan hasil rakaman audio yang dapat didengari melalui media internet seperti youtube, spotify dan sebagainya. Konsep podast ini sebenarnya hampir sama dengan saluran radio, namun podcast mempunyai kelebihan yang tersendiri antaranya ialah dapat diakses tanpa mengira batasan waktu, tiada iklan sepanjang mendengar podcast dan bersifat santai serta berinfomatif. Podcast pilihan saya ialah Diari Ayah atau nama sebenarnya Sujimy Mohamad yang bertajuk Tiada Pertemuan Yang Berlaku Secara Kebetulan.

Berikut merupakan slides pembentangan saya bagi tajuk podcast pilihan saya :







June 16, 2022

TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Penceritaan.

Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk membuat resensi keseluruhan bab bagi buku Multimedia dalam Bahasa, Normaliza Abd. Rahim (2019) secara berkumpulan. Production kami membahagikan tugas mengikut pemberatan, misalnya bab 3 mempunyai nilai muka surat yang banyak, maka kami akan lebihkan ahli yang melakukan bab tersebut. Saya melakukan penelitian pada bab 2 bersama Nurul Nabila. Berkenaan dengan masa pembentangan pula, setiap production hanya 30 minit sahaja, jadi kami sepasukan menetapkan untuk 2 minit setiap orang memandangan kami mempunyai 11 orang ahli. Jadi, sampai disini sahaja perkongsian saya, sekian :)


"Bukti Kehadiran"

[15/6/2022]

PODCAST

Penceritaan.

Kuliah pada minggu ini, kami diminta untuk mencari sebuah podcast bagi melakukan pembentangan pada minggu berikutnya. Podcast yang dipilih haruslah melebihi 15 minit dan setiap daripada rakan sekelas haruslah menggunakan tajuk yang berbeza. Sebelum ini sebenarnya saya tidak begitu mengetahui berkenaan dengan podcast, namun sekarang saya rasa begitu tertarik untuk mendengar podcast terutamanya semasa tidur. Podcast yang gemar saya dengar adalah berkenaan dengan motivasi hidup dan juga mungkin berkenaan dengan percintaan. Berkenaan dengan pembentangan pula, kami diberikan 5 minit untuk membentang, jadi haruslah bijak mengatur masa agar tidak menganggu masa rakan lain untuk membentang, sekian itu sahaja daripada saya :)


"Bukti Kehadiran"


[15/6/2022]

BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA [2022]

Senarai Tugasan BBM3410 2022 Minggu 2 Elemen Asas Grafik Infografik : Instagram Mesra Pengguna Akaun Instagram Minggu 3 Asas fotografi : Lon...