Penceritaan.
Kuliah pada minggu ini, kami diminta untuk mencari sebuah podcast bagi melakukan pembentangan pada minggu berikutnya. Podcast yang dipilih haruslah melebihi 15 minit dan setiap daripada rakan sekelas haruslah menggunakan tajuk yang berbeza. Sebelum ini sebenarnya saya tidak begitu mengetahui berkenaan dengan podcast, namun sekarang saya rasa begitu tertarik untuk mendengar podcast terutamanya semasa tidur. Podcast yang gemar saya dengar adalah berkenaan dengan motivasi hidup dan juga mungkin berkenaan dengan percintaan. Berkenaan dengan pembentangan pula, kami diberikan 5 minit untuk membentang, jadi haruslah bijak mengatur masa agar tidak menganggu masa rakan lain untuk membentang, sekian itu sahaja daripada saya :)
"Bukti Kehadiran"
No comments:
Post a Comment